Tuesday, June 30, 2009

Pentadbiran Harta Pusaka Part 1

Apa itu harta pusaka dan bolehkan seorang muslim mentadbir harta pusaka miliknya? Harta pusaka adalah sebarang harta yang ditinggalkan oleh simati selepas kematian. Jadi, secara logik harta pusaka sudah tentu tidak boleh ditadbir (yelah, org dah mati camana nak tadbir harta). Tetapi harta yang masih belum menjadi pusaka (maknanya tuan punya harta masih hidup) sudah tentu boleh ditadbir. Inilah yang dimaksudkan dengan konsep 'pentadbiran harta pusaka', iaitu mentadbir/ merancang pembahagian harta milik dibuat semasa hayat tetapi dilaksanakn selepas kematian.

Adakah ini dibenarkan dalam Islam sedangkan sudah termaktub dalam surah An-Nisa mengenai pembahagian harta pusaka iaitu cara-cara pembahagian Faraid? Ya, memang benar Faraid telah diperuntukkan sebagai hukum dalam pembahagian harta pusaka tetapi harus ingat, Faraid dilaksanakan pada peringkat terakhir dimana tiada lagi tuntutan wajib keatas harta simati i.e hutang, wasiat, hibbah, dsb. Faraid is the 'last defend system' jika simati tidak menentukan cara pembahagian harta semasa hayatnya.

Persoalan timbul adakah kita boleh sewenang-wenangnya membahagi-bahagikan harta kita semasa hayat tetapi dilaksanakan selepas meninggal? jawapannya tidak. Harus ada cara dan syarat-2 tertentu dalam pembahagian/ perancangan ini. Contoh mudah ialah 'Wasiat'. Apa itu wasiat? jika ditanya pada orang ramai, pemahaman mengenai wasiat ialah permintaan simati bagaimana harus dibahagikan hartanya setelah beliau meninggal. Tetapi sebaliknya, pengertian sebenar wasiat ialah 'pemberian harta pusaka tidak melebihi 2/3 kepada bukan waris'. Ditekankan sekali lagi, hanya 2/3 dan pemberian bukan kepada ahli waris, maknanya tak boleh diberi kepada anak atau isteri.

Kalau dah wasiat tak boleh diberi kepada ahli waris (tahukah kita siapa ahli waris kita?), jadi apa yang tinggal untuk ahli-ahli waris? bagaimana mahu merancang agar harta kita dapat kesemuanya kepada ahli waris mengikut kehendak kita? Jawapannya: boleh melalui instrument- instrument perancangan harta pusaka islam seperti 'Harta Sepencarian', 'Hibbah', 'Wisoyyah", dsb.

Siapa dan Kenapa perlu merancang harta pusaka? Siapa - semua orang lebih lebih lagi mereka yang mempunyai sistem kekeluargaan yang luar biasa. Luar biasa seperti mempunyai hanya anak perempuan, tiada anak, hanya ada anak angkat, ada cucu tetapi tiada anak, ibu tunggal, bermadu, dan yang seangkatan dengannya. Kenapa - berbagai sebab antaranya untuk menyenangkan kehidupan mereka yang ditinggalkan, supaya harta tak jatuh ke tangan orang yang tidak boleh diharap. Sebagai contoh, seorang suami meninggal dunia meninggalkan seorang isteri dan 1 orang anak perempuan sahaja. Simati masih mempunyai ibu dan seorang abang. Simati meninggalkan sebuah rumah setingkat. Agak2 berapa bahagian isteri si mati dapat hak ketas rumah tersebut jika beliau tidak mentadbir harta pusaka sebelum meninggal? Hanya 3/24 bahagian (ibu 4/24, anak 12/24 dan abang simati 5/24). 3/24 bahagian dr rumah 1 tingkat, bahagian mana yang tinggal? dapur mungkin kot.

Persoalan bagaimana untuk mentadbir harta pusaka akan dikupas di episod akan datang

3 comments:

tNstD said...
This comment has been removed by the author.
Shahrol Sabaruddin said...

good and very useful info. in fact aku dah registered dgn amanah raya & just waiting to fill up the details.

tak silap aku samada ada Rasullulah s.a.w atau Saidina Umar berkata bahawa janganlah kamu tidur sehingga kamu menyiapkan wasiat kamu......lebih kurang itu macam la!

shahrol

Andak Ali said...

Congrats to you.

Not sure about Amanah Raya product, if possible boleh share tak?

My guess at least, diaorg provide penamaan wasi/ pentadbir harta pusaka.