Tuesday, December 2, 2008

Wakaf Bharu Banjir

Ahad, 30 November - Kediaman Pah Bt Ariffin di Lot ****, Kg Padang Rokma Dinaiki air setinggi 0.4 meter berikutan hujan lebat tanpa henti bermula jam 8 malam. Keadaan ini disedari oleh menantu beliau pada jam 12 tengahmalam. Serentak dengan itu gerakan menyelamat kenderaan pacuan 2 roda telah dijalankan. kenderaan - kenderaan tersebut selamat di tempatkan di tempat yang lebih tinggi.

Beikutan air yang menutupi halaman rumah, kucing - kucing peliharaan pening kepala dan dalam keadaan terdesak telah menaburkan najis- najis di dalam rumah. Angsa- angsa peliharaan pula kelihatan takut untuk berenang bermain air.

Keadaan banjir ini berterusan selama 2 hari dan akhirnya pada hari Rabu, 3 Disember, keadaan kembali pulih apabila air mulai surut berikutan hujan yang sudah berhenti mencurah.


Cicit sulung Pn Pah sedang bermain air banjir


Pandangan banjir dari luar rumah


Pandangan banjir dari dalam rumah

No comments: